CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 5, 2010

KHASIAT VCO UNTUK IBU MENGANDUNG & MENYUSUKAN


Kesan Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Ibu-ibu Yang Menyusukan Anak.

Lemak susu ibu mengandungi asid lemak (fatty asid) yang unik. Ia terdiri daripada 45 hingga 50 peratus 'saturated', sekitar 35 peratus 'monounsaturated', dan sekitar 15 hingga 20 peratus 'polyunsaturated'. Dari keseluruhan 'saturated fatty asid' yang dihasilkan dalam mammary gland, 18 peratus darinya adalah antimikrobial fatty asids, lauric asid dan capric asid. Antimikrobial fatty asids ini memberikan bayi yang disusukan perlindungan dari berbagai virus seperti HIV dan herpes, bakteria seperti chlamydia dan helicobater, protozoa seperti giardia lamblia.
Apabila ibu-ibu yang menyusukan anak mengambil makanan dari lemak kelapa (terutama minyak kelapa dara, kelapa parut dan santan kelapa) paras kandungan lauric asid dan capric asid akan bertambah secara ketara didalam susu. (lihat The American Journal of Clincal Nutrition, diterbitkan pada tahun 1998). Ini bererti kandungan jumlah perlindungan antimikrobial lauric asid dan capric asid dalam susu ibu berkenaan akan bertambah, yang akhirnya memberikan lebihan perlindungan kepada bayi yang disusukan.
Menurut beberapa kajian, tanpa tambahan lauric asid dari pemakanan, susu ibu masih mengandungi sekitar 3 peratus lauric asid dan 1 peratus capric asid yang dihasilkan oleh mammary gland ibu berkenaan, dan tahap kandungan lauric asid dan capric asid yang dihasilkan berbeza diantara setiap ibu yang menyusukan anak. Walau bagaimanapun apabila lauric asid diambil melalui pemakanan seperti lemak kelapa dalam kelapa parut, kandungan lauric asid di dalam susu ibu bertambah secara ketara sehingga tiga kali ganda berbanding kandungan asal, sementara kandungan capric asid bertambah hampir dua kali ganda. Keadaan ini dapat memberikan bayi yang disusukan perlindungan yang lebih dari berbagai virus virus, bakteria dan protozoa.
(Francois CA, Connor SL, Wander Rc, Connor WE. Acute effects of dietary fatty acids on the fatty acids of human milk. American Journal of Clinical Nutrition 1998;67:301-308)

Khasiat meminum minyak kelapa dara bagi ibu-ibu yang menyusukan anak dan sedang mengandung.

Susu ibu secara semulajadi mengandungi komposisi fatty asid yang sangat menakjubkan. Ia terdiri dari 45-50% ‘saturated’, sekitar 35% ‘monounsaturated ’ dan 15-20% ‘polyunsaturated’. Daripada keseluruhan jumlah saturated fatty acid tersebut, sekitar 18% daripadanya adalah antimokrobial fatty acid yang terdiri dari lauric acid dan capric acid. Kedua-dua antimicrobial fatty acid tersebut memberikan bayi yang disusukan perlindungan daripada berbagai jenis virus, seperti HIV dan herpes, bacteria seumpama Chlamydia dan heliocobater, serta protozoa seperti giardia lamblia.
Paras kandungan antimikrobial fatty acids tersebut mungkin serendah 3-4% Namun apabila sesaorang ibu yang menyusukan anak mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, paras lauric acid dan capric acid akan bertambah dengan ketara dalam air susu mereka.
Mutakhir ini kajian telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda. Bagi sesetengah ibu di beberapa negara, paras kandungan lauric acid dan capric acid didalam susu mereka boleh mencecah sekitar 21% (bagi lauric acid) dan 6% (bagi capric acid). Keadaan ini akan memberikan bayi mereka lebih perlindungan terhadap virus, bacteria dan protozoa. (lihat hasil kajian dalam The American Journal of Clinical Nutrition – diterbitkan pada tahun 1998).
Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka juga akan mendapat khasiat tambahan , kerana ‘saturated fat’ yang merupakan ‘medium chain fatty acid’ dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkam dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.
Terdapat beberapa perakuan pengguna bahawa minyak kelapa dara membantu memudahkan mereka melahirkan anak dan dapat membantu memulihkan kesan kulit retak (pada perut) selepas bersalin.

KUALITI SUSU IBU DAN MCFA

Susu yang kaya dengan MCFA sangat penting untuk petumbuhan dan perkembangan anak yang sehat. Atas alas an tersebut, MCFA ditambahkan pada kebanyakan susu atau makanan bayi. Bagaimanapun, asam lemak ini tidak persis sama dengan yang ditemukan secara alami pada air susu ibu. Pada satu satu ketika para pengeluar susu akan menggunakan minyak kelapa atau minyak kernel sawit asli. Namun minyak medium-chain triglycerides (minyak MCT) digunakan pada beberapa produk susu kerana minyak MCT merupakan produk industri yang mengandung 75 peratus asid kaprilat dan 25 peratus asid kaprat dengan sedikit asid lauric dan MCFA sebagai antimicrobial paling penting. Perbandingan asam lauric dengan MCFA lain pada minyak kelapa adalah sama dengan pebandingan yang terdapat pada air susu ibu. Alasan MCT digunakan untuk mengganti minyak kelapa yang lebih mahal hanyalah kerana alasan ekonomi atau adanya perhatian pada kesehatan. Walaupun asid kaprilat dan asid kaprat itu baik, namun aia tidak sebaik asam laurat dan tidak sebagus kombinasi ketiganya, seperti yang terdapat secara alami.
Kalau kandungan asid lemak dan kualiti susu dapat diubah, maka bagaimana dengan air susu ibu. Air susu ibu tidak diragukan lagi sebagai pilihan makanan paling baik untuk bayi. Namum tidak semua air susu ibu sama kualitinya kerana ia banyak dipengaruhi oleh kesehatan ibu. Kalau ibu tidak makan bahan yang berkhasiat, tubuh akan mengambil dari jaringannya sendiri. Kalau ibu kekurangan bahan berkhasiat yang penting, maka susu yang dihasilkannya juga akan kurang. Sebaliknya kalau ibu makan makanan yang mengadungi racun (seperti asid lemak trans) susunya akan mengandung racun juga. Oleh itu makan makanan dengan bijak sangat penting bagi wanita yang hamil dan yang menyusui bayinya.
Kelenjar susu menghasilkan sedikit MCFA sebagai komponen utama pada air susu ibu. Hikmah mengapa MCFA ada didalam susu ibu adalah kerana sistem pencernaan bayi yang belum matang akan mudah menyerap dan menggunakannya. Ia memberi bahan berkhasiat dan tenaga terhadap bayi, yang diperlukannya untuk membesar dan berkembang dengan baik. MCFA juga mempunyai sifat antimikrobial yang memberikan perlindungan kepada bayi terhadap virus seperti HIV dan herpes, bakteria seperti Chlamydia dan H. Pyrolis, kulat seperti candida dan protozoa seperti giardia.
Penelitian pada binatang mahupun manusia telah menunjukkan bahwa MCFA menjadi komponen sangat penting dalam air susu ibu untuk pertumbuhan dan perkembangan keturunan dengan baik dan benar. Adalah diakui bahawa sememangnya terdapat perbezaan nyata diantara makanan yang mengandungi LCFA (minyak sayur) dengan makanan yang mengandungi MCFA (minyak kelapa) dalam kelangsungan hidup dan kadar pembesaran. Bayi yang ibunya menerima MCFA membesar lebih cepat, lebih sehat dan mempunyai kadar kelangsungan hidup sebesar 68 peratus berbanding dengan 32 peratus. Hal ini berlaku terutama bagi bayi yang lahir kekurangan berat badan.
Terakhir satu kajian yang melibatkan seramai 46 bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang sangat rendah, mengesahkan bahawa minyak kelapa apabila ditambahkan pada makanan mereka mendapati mereka mendapat tambahan berat badan dengan kadar lebih cepat. Yang menakjubkan penambahan berat badan adalah dihubung-kaitkan dengan pertumbuhan fisik bukan kadar penyimpanan lemak. Kesimpulannya dengan mengkonsumsi minyak kelapa dalam makanan mereka bayi, berat badan mereka bertambah lebih cepat dan mereka mampu mencernanya dengan baik. Sedangkan minyak sayur akan hanya melalui saluran pencernaan tanpa dapat dicerna yang akhirnya sehingga tidak dapat memenuhi keperluan zat yang diperlukan untuk perkembangan. MCFA tidak hanya memudahkan bayi menyerap lemak yang diperlukankan namun ia juga memperbaiki penyerapan vitamin, mineral dan protein yang boleh dilarutkan oleh lemak.
Lemak pada air susu ibu mempunyai komposisi asid lemak yang unik. Komponen utamanya adalah lemak jenuh, yang terdiri sekitar 45-50 peratus kandungan lemak total. Lemak lain yang paling banyak adalah mono-takjenuh yang menyusun sekiktar 35 peratus lemak susu. Lemak poli-takjenuh terdiri hanya 15–20 peratus dari lemak total. Lemak jenuh pada air susu ibu berada dalam bentuk MCFA. Sayangnya, banyak ibu yang hanya menghasilkan sedikit air susunya, sehingga dapat menimbulkan kesan yang tidak baik pada kesehatan anak.
Kalau air susu tidak mengandung cukup MCFA, bayi biasanya menderita kekurangan zat dan menjadi rentan terhadap penyakit menular. Maka air susu ibu harus mengandung sebanyak MCFA yang dihasilkan oleh alam. Hal ini dapat dilakukan dengan diberi banyak makanan yang mengandungi MCFA. Ibu yang menyusui akan menghasilkan susu yang kaya dengan bahan zat yang dapat meningkatkan kesehatan. Kalau susu lembu dan produk hasilan dari susu lainnya hanya mengandung sedikit MCFA, makanan yang paling kaya dengan MCFA adalah minyak tropika, terutama sekali minyak kelapa.
Asam lemak sebagai antimikrobial adalah cukup rendah, hanya sekitar 3 peratus, namun apabila ibu yang menyusui memakan produk kelapa seperti kelapa parut, santan, minyak kelapa dan lain-lain maka kandungan MCFA dalam susu akan meningkatg secara signifikan. Misalnya, memakan 40 gram (sekitar 3 sendok makan) minyak kelapa setiap kali makan secara teratur dapat menambah asid laurat pada ibu yang menyusui dari 3.9 % sampai 9.6 % setelah 14 jam. Kandungan asid kaprilat dan asid kaprat juga bertambah. “Ini memberikan manfaat penting”; kata Mary G, Enig, Ph.D, seorang ahli ilmu kimia lipid dan Fellow of the American College of Nutrition, “Air susu telah meningkatkan jumlah antimicrobial pelindung asid laurat dan asid kaprat, yang memberikan perlindungan lebih besar terhadap bayinya. “Kalau ibu mengkonsumsi minyak kelapa setiap hari pada saat menyusui, kandungan MCFAnya akan lebih besar. Persiapan ibu sebaiknya dimulai sebelum bayi dilahirkan. Wanita hamil menyimpan lemak yang selanjutnya akan digunakan untuk menghasilkan susu. Setelah bayi dilahirkan asid lemak yang disimpan di dalam tubuh ibu dan juga dari makanan harian akan digunakan dalam produksi susu. Kalau ibu terus mengambil MCFA dengan banyaknya, terutama asid laurat dan asid kaprat (dua bentuk MCFA (sebagai antimicrobial), maka susunya akan memberi manfaat maksima terhadap bayinya.
Kalau ibu tidak mengambil makanan yang mengandungi MCFA dan tidak makan pada saat menyusui, maka kelenjar susu hanya akan mampu menghasilkan sekitar 3% asid laurat dan 1% asid kaprat. Akibatnya bayi akan kehilangan nutrisi dan juga perlindungan antimikrobial.

0 comments: