CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 5, 2010

BIOASLI.COM


45 % hingga 55% kandungan Lauric & Capric Asid
terdapat dalam Minyak Kelapa Dara ,Hebat....!

Kehebatan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Virgin Coconut Oil )


Tahukah anda , pokok kelapa yang mempunyai batang kuat dan mampu tumbuh tegak berdiri setinggi 100 kaki tanpa ranting yang hanya bergantung kepada akar rerambut untuk menahan beban yang berat dan tiupan angin kencang, sebenarnya mempunyai khasiat semulajadi yang tersembunyi , segagah pohonnya yang tahan lasak. Kebanyakan pokok kelapa hidup secara " Nactural Farming " tanpa menggunakan baja kimia, masih mampu mengeluarkan buah yang banyak. Pokok ini juga terkenal dengan jolokkan makin tua makin menjadi ,seperti kata pepatah "makin tua makin pekat dan banyak santannya''.

Definasi Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat didalam buah kelapa tersebut.


Bagamana minyak kelapa Dara diproses?

Minyak Kelapa Dara BIO-ASLI dihasilkan secara organik melalui proses pementasi semulajadi dengan tidak menggunakan haba bagi memastikan struktur lemak / patty asid yang kaya dengan "lauric Oil " tidak rosak seperti standard yang ditetapkan.


Apakah proses pembuatan VCO Bio-Asli terjamin kualitinya ?

Bagi menjamin kualiti struktur MCF dan antioksiden dalam VCO tidak berubah serta hilang syarikat kami menggunakan teknik khas hasil dari pengabungan , pengubahsuaian dan idea ciptaan kami sendiri dalam proses penghasilan VCO. Oleh itu proses penghasilan VCO Bio-Asli tidak menggunkan enzim ( merosakan ikatan lipoprotein), pemanasan berperingkat (menghilangkan antioksiden) dan pemangkin asid (menguraikan ikatan MCF). Manakala proses pegasingan air dalam minyak tidak menggunakan mesin pemanasan berperingkat yang mana proses ini akan menghilangkan antioksiden. Bio-Asli dihasilkan dengan teknik 100% permentasi ( tiada pemanasan, tiada pemangkin kimia dan tiada enzim pemangkin). Manakala proses pengasingan air mengunakan teknik graviti & hidrodinamik dirawat sehingga 0.1 maikron yang dijamin bebas dari segala kotoran.

0 comments: